Topik Minggu Ini Ialah Tentang Mulut Berbau Busuk Dan Macammana Cara Cara Penghapusannya.
Jangan Sampai Orang Lain Kata Bau Longkang atau Lori DBKL
Nenek Pon Segan Silu Nak Bongkar Kisah Pasal Mulut Berbau, tetapi ia amat penting untuk semua orang, apabila mulut anda berbau busuk, sudah tentu ramai yang tak mau bercakap dekat dengan anda, takut takut udara terlepas dan memasuki rongga hidung orang yang berada dihadapan anda.Sebelum kita mengamalkan petua untuk hilangkan mulut berbau, terlebih dahulu kita cari dari mana datangnya punca mulut berbau.
Pertama ia sebenarnya ia datang dari aspek kehidupan harian, seperti tak menjaga kebersihan diri, hidup aktif tetapi tidak mengambil berat hal ehwal penjagaan badan, serta pengambilan makanan yang tak terbatas.
Petua untuk menghindar dari mulut berbau sebenarnya, satu petua yang senang diamal, mungkin menjadi susah bagi pemalas.
Petua pertama;
-Sila meminum air kosong sebanyak yang mungkin
-Sila berus gigi anda pada setiap pagi dan sebelum masuk tidur malam
-Sila gunakan ubat kumur seperti "Listerine" atau apa sahaja brand yang anda gemari, kumurlah selama 30saat, lagi lama lagi baik.
-Sila masukkan air dalam hidung dengan menyedup secara perlahan dan hembuskan sekuat yang boleh supaya debu debu yang melekat dikulit dalam hidung akan bebas. (jika anda menyedup sampai ke rongga hidung maka, anda akan diserang selsema) So, macammana nak sedup, hanya boleh rasakan sejauh mana air tadi masuk ke dalam hidung anda.
-Sila amalkan makan buah buahan yang tidak manis, masa lagi baik atau pahit dan kelak. Kerana buah buahan seperti ini mempunyai satu amino asid yang boleh menghapuskan kotoran, sisa makanan yang melekat dicelah gigi, serta ia boleh menghapuskan kandungan makanan yang lain yang tersumbat dalam lubang gigi iaitu di tempat tersebut telah pon terbentuk satu kotoran sisa makanan.
-Seterusnya, jangan lupa gosok lidah anda seperti mana anda menggosok gigi.
Petua ynag lain ialah, jaga pemakanan anda, jangan main bantai sahaja, kerana setiap makanan yang diambil ia mengandungi pelbagai asid dan bahan yang sukar dilarut atau hadam. Ia sekali gus membuatkan kentut anda adalah yang paling busuk berbanding kentut orang yang mempunyai diet yang teratur.
Sekian Petrua Dari Nenek Kebayan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tanya Apa Sahaja Kami Sdia Membantu!!!!