Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Penjagaan Kulit


Alam Petua



Kulit- Kulit Badan Meliputi Seluruh Anggota Dari Kaki Sampai Ke Kepala.

Yang mana setiap bahagian mempunyai ciri ciri yang berbeza dari segi kekejalan dan kelembutan.
Seperti kulit muka dan kulit di bahagian betis, yang mana kulit bahagian muka adalah paling sensitif dan lembut. Anda akan dapat merasa kelembutan kulit muka amat berbeza yakni, kita ambil satu contoh: Jika satu jerawat yang tumbuh, akan terasa kegatalan dan akan merasa sakit bila picit atau sentuh terutama jika jerawat tersebut timbul di bahagian hidung. Akan tetapi jika jerawat yang tumbuh di bahagian betis anda, maka ia amat senang dipicit diubati.


Topik kali ini adalah tentang petua penjagaan kulit muka.

Bayangkan bagaimana jika satu jerawat batu tumbuh di bahagian muka anda?
Awas jerawat batu adalah bukan calang calang jerawat, jika tidak mengambil berat ia akan merosakkan  kulit muka anda.

Amalan ringkas yang anda perlu ketahui terlebih dahulu adalah, mengetahui ciri ciri kulit anda, adakah ia bersesuaian jika anda mengambil makanan yang mengandung banyak minyak?

Jika anda tidak boleh makan makanan yang berminyak kerana jerawat akan tumbuh, maka anda kurangkan makanan berminyak.
Gambar Sebagai Hiasan Semata Mata, sebagai pengenalan kulit badan.


Tapi, jika jerawat sudah tumbuh dengan banyak, termasuk jerawat batu maka petua terakhir yang anda perlu amalkan ialah  dengan:

  • Ambil sebilah kulit kayu manis atau nak lagi senang beli kulit kayu manis dalam bentuk serbuk kemudian campurkan sedikit air dan sapukan pada kulit muka anda.
  • Sebelum sapu sebuk kulit kayu manis, sila cuci muka anda terlebih dahulu dengan product penjagaan harian anda.
  • Jangan picit jerawat batu tersebut, jika picit maka ia akan meninggalkan kesan seperti lekukan kecil atau kelihatan seperti lubang lubang akan kekal di muka anda.
OK, sebelum itu anda perlu sedia dengan kesan sampingan seperti:
  1. Anda akan merasa kepedihan semasa/selepas sapu gaulan kulit kayu manis di muka
  2. Kadang kadang terasa bagaikan muka dihiris dengan benda tajam
  3. Seperti sesuatu menggigit gigit kulit muka anda
  4. Jika anda dapat menahan semua itu, maka tidak hairan mata anda akan kemerahan dan berair kerana memberi laluan kepada kandungan enzim kulit kayu manis dan air menyerap ke dalam jerawat.
Jika boleh, biarkan cara cara empat di atas menyerap jerawat batu selama 10 minit atau selepas
hilang rasa kesan sampingan. Setiap orang berbeza, mungkin kesan sampingan tersebut cuma dalam beberapa minit.

Bahagian terakhir sila cuci muka anda dengan air bersih bersama dengan product pencuci muka harian anda.

Pesanan Jangan menggunakan OXY, iaitu ubat jerawat, kerana ia tidak bersesuaian dengan ketumbuhan jerawat batu. Itu Pesan Nenek Kebayan.

Penjagaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tanya Apa Sahaja Kami Sdia Membantu!!!!

Recent Posts Photography