Selamat Berpuasa Dan Selamat Menyambut Hari Raya Yang Bakal Tiba dari "Nenek Kebayan"
Kita telah mengamalkan cara cara menghilangkan muluk berbau dalam Topik Bagaimana Nak Hilangkan Muluk Berbau pada minggu lepas.
Pada minggu ini Nenek Kebayan ingin perturunkan pula amalan atau Petua cara cara nak hilangkan "Ketiak Hangit"Ada ketiak yang berbau masam, tengit, hapak, dan bermacam macam lagi kata orang. Sekiranya anda adalah seorang pengeluar bau ketiak yang hangit atau bau yang tak disenangi oleh orang ramai, maka eloklah mengamalkan "Alam Petua" berikut;
Yakni:
Sila amalkan makan limau kasturi termasuk kulitnya sekali, sila kunyah sampai hancur dan boleh telan begitu sahaja. Sekiranya anda adalah seorang yang tak boleh makan limau kasturi bersama kulit maka, Kekalkan ketiak hangit itu.
Langkah kedua anada boleh amalkan dengan memicit kulit limau, oren pada ketiak, amalkanlah seberapa lama yang boleh.
Para saintis juga mengakui, limau kasturi mempunyai khasiat yang baik untuk tubuh badan. Langkah yang biasa ialah, mestilah gosok ketiak anda semasa mandi menggunakan sabun, jangan sekali kali biarkan ketiak anda tanpa sabun semasa mandi, kan nampak sangat anda adalah seseorang yang tak pandai menjaga kebersihan diri.
Kalau nak tahu kenapa ketiak anda mengeluarkan bau, Nenek Kebayan akan ceritakan kisah selanjutnya dalam episode akan datang.
Alam Petua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tanya Apa Sahaja Kami Sdia Membantu!!!!