Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Masalah Kulit Alergi Dan Cara Penjagaan


Alam Petua


Petua Untuk Menjaga Kesihatan Kulit Badan Dan "Skin Allergic" Atau Masalah Kulit Kerana Pengambilan Makanan Yang Tidak Sesuai Dengan Immune System Badan Anda.

Topik Kali Ini Nenek Kebayan Ingin Kongsikan Masalah Alahan Kulit Serta Rawatan Mengikut Petua.

Seperti episode yang lepas, kita masih lagi dalam topik "Penjagaan Kulit Badan" Pada Minggu ini, kita bincangkan cara cara untuk mengatasi Alahan Kulit, ada yang menyebut "Skin Allergic" "Food Allergic" "Seafood Allergic"
Gambar File, Sebagai Hiasan

Untuk Pengetahuan Umum, Nenek Juga Ingin Mohon Maaf, sebab Nenek Kebayan Masih Tak Jumpa Penawar atau Petua Alam Yang Lain Untuk Menyembuhkan Alahan Kulit Akan Tetapi Nenek Kebayan Ada Cara Cara, Untuk Menghindarinya. Petua-Petua nya Seperti Berikut:

Seperti gambar di atas, setengah daki kita tak boleh makan telur, Maka elakkan pengambilan makanan bertelur yang berlebihan.

Ada setengahnya tak boleh makan kacang, maka cara yang sama harus dilakukan seperti penerangan di atas, iaitu elakkan pengambilan yang berlebihan makanan yang berkacang.

Berikut ialah senarai makanan yang selalu menimpa kita ialah:
  1. Susu Lembu
  2. Telur
  3. Kacang
  4. Gandum
  5. Sotong
  6. Soya
  7. Ikan
  8. Kacang Tanah
Manakala Makanan Laut Masin/Tawar Ialah:
  1. Ketam
  2. Tiram
  3. Udang
  4. Ikan Bilis
Bayangkan kalu semua senarai di atas anda tak boleh makan, maka anda nak makan apa?
Kalau nak tahu makan mana yang menimbulkan kegatalan pada kulit, anda seharusnya ingat serta pasti terlebih dahulu. Biasanya gatal akan timbul sehari selepas pengambilan makanan berikut, ada setengahnya akan mempunyai reaksi hanya selepas sejam. Ia mengikut kekuatan system immune masing masing.
Gambar File-Reuter

Jika anda telah terkena jangkitan, Alam Petua yang harus diamalkan ialah:
  • Jangan Garu
  • Jangan Mandi Guna Sabun Biasa
  • Jangan Ulangi Makan Yang Menyebabkan Anda Gatal
Alahan kulit akan timbul di tempat tempat tertentu di bahagian kulit badan anda mengikut Immune System, 

Alahan kulit sebenarnya bukan masalah utama atau besar berbanding dengan seseorang yang mempunyai "Skin Allergic"

Food Allergic (Alahan Makanan) cuma satu dua dalam senarai yang mana anda dilarang makan, Tetapi Skin Allergic (Alahan Kulit) tergolong dalam bulatan makanan yang besar, jika ia terkena makan jangkitan kulat akan merebak biasanya ia menyerang di bahagian betis.

Kepada yang mempunyai "Masalah Alahan Kulit" jangan sekali kali makan, makanan yang mengandung sos tiram yang berlebihan, kerang, kerana dua jenis ini cepat sekali merebakkan jangkitan seperti gambar file di atas.

Apa yang anda perlu buat ialah, sila guna sabun mandi khas  seperti Sabun Sulfur dan sapu cream khas untuk rawatan jangkitan kulat.

Jika ia merebak maka, rawatan terakhir ialah dengan mendapat suntikan, tetapi ia cuma kekal dalam satu hingga 2 tahun, selepas itu jika anda tidak menjaga amalan  ataupun larangan dan petua, dalam hal ehwal mengambil makanan, maka ia akan berjangkit kembali.


Sampai Di Sini Dahulu Tentang Topik Kulit Dan Nenek Kebayan Akan Siarkan Pula PETUA untuk Mencantikkan Kulit Muka. Di Episode Seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tanya Apa Sahaja Kami Sdia Membantu!!!!

Recent Posts Photography