Kaki, Atau Jari Jemari Kaki Memainkan Peranan Penting Dalam Masalah Bau
Cara Perawatan Jangkitan Fungus atau (Tongket) Gambar File: Reuter |
Awas jangan sekali pakai kasut campuran dari kulit, kain dan getah jika kaki anda adalah pengeluar peluh dan pengeluar bau, kerana ia akan menjadikan suasana porak peranda jika anda membuka kasut di public.
Sebab itulah amat penting memakai bedak dan losen selepas mandi dan sebelum memakai kasut. Masalah kaki berbau juga disebabkan oleh oleh, jangkitan kulat di celah kuku ibu jari kaki, sebenarnya kotoran daki hitam yang melekat pada kuku anda ialah ketulan peluh yang kering bercampur dengan debu dan bercampur dengan daging bawah kuku terhakis kerana lembapan yang berlaku semasa kaki anda berpeluh, atau telah mengalami luka akibat penggunaan pengetip/pengapit kuku.
Masalah ini boleh diatasi dengan, jangan sekali kali cungkil dengan menggunakan benda tajam dan jangan memaksa daki itu terkeluar dari celah ibu jari kuku, kerana setiap kali anda cungkil ia akan menjadi semakin dalam kerana jolokan dari objek yang tajam.
Tetapi, anda boleh menyembuhkan masalah tersebut dengan cara amalan, seperti:
- Jangan sekali kali mencungkil, tapi biar dia menjadi kering dan keras dan selepas itu anda boleh mengcungilnya secara perlahan lahan
- Dan sila titikkan minyak zaitun pada tempat jangkitan supaya kuku jari kaki anda tidak mengalami kerosakan.
Bayangkan tiba tiba ibu jari kaki anda terluka? ia akan mengakibatkan ketidakselesaan memakai kasut dan berjalan, tapi jika anak jari kaki yang terluka anda masih mampu meneruskan jalanan. Kerana ibu jari kaki adalah induk utama untuk mengimbang berat badan dan pergerakan
Jadi, amalan di atas seharusnya diamalkan sepaya kaki anda sentiasa berada dalam bersih dan sihat, lembut serta terhindar dari masalah kaki berbau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tanya Apa Sahaja Kami Sdia Membantu!!!!