Alam Petua
Selamat Hari Raya 2016 Rakyat Malaysia, Berpuasa Sebulan Menahan Lapar Dan Dahaga.
Masuk bulan yang tidak wajib berpuasa nie, ramai yang melahap makanan dengan rakus, itu setengah dari golongan.
Petua Nenek Kebayan, kali ini ialah untuk mengelak terkena jangkitan buah pinggang, jangan makan sesuka hati, tetapi itulah realiti rakyat tempatan, biasanya penduduk bandar dia kurang arif sikit hal ehwal makanan, walaupun belajar hingga ketahap diploma.
Alam petua ni biasanya diturunkan oleh golongan dahulu kala, golongan datuk nenek, sebab itu mereka semua hidup cergas.
Apa yang mereka amalkan ialah memakan "Buah Petai" Sebenarnya buah petai ialah satu ubat traditional khas untuk mencuci buah pinggang supaya berfungsi dengan elok. Perasan tak kalau anda membuang air kecil? atau buang air besar? Perbezaan itu amat ketara jika anda memakan buah petai dan tanpa buah petai sebagai ulam ulamam.
Lebih baik mencegah dari mengubati, kerana perbelanjaan untuk mencuci buah pinggan di hospital hospital memerlukan wang yang besar dan rasa sakit.
Jadi petua yang perlu diamalkan selalu ialah memakan buah petai, samada yang mentah, yang dijeruk atau yang direbus, tetapi yang mentah atau masih hijau itulah yang terbaik.