Adakah Rambut Anda
Jarang Jarang, Nipis? Anda Mungkin Belum Terlambat;
Petua untuk lebatkan rambut yang nipis atau jarang boleh diamalkan dengan mengikut tuturcara berikut:- Jangan kerap menyempo rambut anda, sebaiknya 8 hari sekali gunalah shampo yang berubat. Tahukah anda kenapa jangan kerap sangat menyempo? Jawapannya ialah, dalam kandungan sebotol shampoo terkandung bahan Laurate Sulfate, begitulah bunyi "pronoun" dia. Bahan ini digunakan untuk mencuci lantai, dapur, tandas dan sebagainya. Tetapi ia tidaklah mengandungi lebih dari tahap saranan. Akan tetapi bayangkan jika anda terlalu kerap menggunakan shampo? Berapa banyak bahan tersebut telah menyerap ke dalam akar umbi rambut atau kulit kepala anda?
- Jadi masa mandi sila lekatkan lima jari di atas ubun ubun kepala ketika menggunakan shampo pada hari ke lapan atau pada hari ke tujuh, dengan cara menggangkat jari tengah dan lepaskan dengan kuat sebanyak tujuh kali, (Jangan bimbang, tak kan terasa sakit pun) pada ubun ubun kepala. Nak tahu dimana ubun ubun sebenar ialah dengan bayangkan rambut bayi baru lahir, jadi di manakah rambut bayi yang baru lahir tumbuh? Itulah ubun ubun kepala yang sebenar. Selepas itu picit picit seberapa lama yang mampu.
- Selepas selesai mandi, sila gunakan minyak zaitun
Ini adalah langkah pertama; So jangan lupa ikuti langkah berikutnya dalam hal ehwal melebatkan rambut pada episode seterusnya, Bersama Alam Petua Nenek Kebayan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tanya Apa Sahaja Kami Sdia Membantu!!!!