Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Petua Nak Cantikan Bibir Yang Hitam


Alam Petua

Topik Minggu Ini Macammana Nak Memulihkan Bibir Yang Hitam Disebabkan Oleh Faktor Faktor Tertentu.

Salah satunya disebabkan oleh kerana merokok, panas, kulit bibir kering dan sebagainya. Ada setengah kaum hawa memakai liptick hitam tetapi itu bukanlah cara utama kerana memakai lipstick warna hitam mungkin tidak bersesuaian dengan warna kulit muka anda..

Ada setengahnya pula memakai lipstick yang tebal tebal untuk melindung kulit bibir yang hitam, namun itu juga bukanlah cara terbaik, kerana setiap penampilan anda juga berpunca dari dalaman dan membawa ke seri muka. Dengan kata lain, hati naluri anda, jika anda tau realiti bahawa kulit bibir anda hitam maka sekaligus ia sedikit sebanyak memudaratkan "mood".

Jika anda tidak mahu mengeluar wang ringgit untuk mengubat bibir yang hitam maka anda boleh "mengosok gosok lengkuas" pada bibir sebelum tidur sebaiknya. Lakukan sebanyak 2 kali seminggu. Anda pasti akan merasa kulit bibir akan kering dan mengelupas selepas mengosok lengkuas, ia akan menjadi pedih sekiranya anda kopek menggunakan jari. Jadi elok sekali anda menyapu "lip balm" selepas rawatan traditional tersebut. Serta selepas mandi sila gosok dengan tuala pada bibir untuk menghapuskan pengelupasan.

Selepas tiada lagi penglupasan bibir, anda akan perasan bahawa kulit bibir anda semakin cerah dan warna kehitaman akan hilang yang mana disebabkan oleh tabiat merokok dan sebagainya.

Selamat mencuba,

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tanya Apa Sahaja Kami Sdia Membantu!!!!

Recent Posts Photography