Petua Kali Ini Bagaimana Nak Halau Lalat.
Lalat sudah senonim dengan keadaan cuaca khatulistiwa di negara Asia, di mana ada hidangan maka di situlah lalat akan berkumpul. Masalah lalat khususnya di gerai gerai makan atau kedai makan terbuka, lebih lebih lagi kedai makan yang berada di tepi longkang atau berada di kawasan yang kotor kerana tiada penjagaan yang rapi oleh para pekerja atau pengusaha kedai makan.Anda juga akan berasa jijik untuk mengambil hidangan lauk pauk kerana terlalu banyak lalat yang hinggap dalam masakan. Adakala lalat juga pembawa kepada makanan yang mempunyai ulat jika hidangan terlalu lama. Setengah pengusaha kedai makan, mereka meletakkan sepasang lidi yang disaluti getah perangkap tetapi itu bukan cara yang terbaik kerana lalat tidak tertarik dengan bau getak tersebut.
Jadi "Petua" yang terbaik untuk menghalau lalat datang ke hidangan lauk pauk di kedai makan ialah dengan "mengikat air kosong dalam plastik" sebagaimana kita membeli tea o ice atau sebagainya dan letakkan ditengah hidangan.
Pelik petua "Nenek Kebayan" kongsikan disini dan bermujarat. Kepada pengusaha kedai makan atau suri rumah patut mencuba petua ajaib ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tanya Apa Sahaja Kami Sdia Membantu!!!!