Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Memaparkan catatan dengan label Penjagaan Kaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penjagaan Kaki. Papar semua catatan

Masalah Kaki Berbau Dan Penjagaan


Alam Petua


Kaki, Atau Jari Jemari Kaki Memainkan Peranan Penting Dalam Masalah Bau

Cara Perawatan Jangkitan Fungus atau (Tongket) Gambar File: Reuter
Kenapa Jari kaki? Jari kaki memainkan peranan penting dalam masalah bau kerana, pergerakannya tidak bebas akibat memakai kasut yang terlalu ketat atau kasut tidak sesuai dengan reka bentuk kaki anda. Jika ini berlaku jari kaki anda akan tersepit dan secara tidak langsung akan mengeluarkan peluh dan haba, jika kasut anda mempunyai ciri ciri campuran kulit dan getah ia akan mengakibatkan bau yang buruk akan tersebar, jika kasut anda dibuat dari kain, ia akan menyerap peluh dan kurang bau, jika kaki anda disapu bedak dan losen sebelum memakai kasut jenis kain maka ia mengatasi masalah kaki berbau.

Awas jangan sekali pakai kasut campuran dari kulit, kain dan getah jika kaki anda adalah pengeluar peluh dan pengeluar bau, kerana ia akan menjadikan suasana porak peranda jika anda membuka kasut di public.

Sebab itulah amat penting memakai bedak dan losen selepas mandi dan sebelum memakai kasut. Masalah kaki berbau juga disebabkan oleh oleh, jangkitan kulat di celah kuku ibu jari kaki, sebenarnya kotoran daki hitam yang melekat pada kuku anda ialah ketulan peluh yang kering bercampur dengan debu dan bercampur dengan daging bawah kuku terhakis kerana lembapan yang berlaku semasa kaki anda berpeluh, atau telah mengalami luka akibat penggunaan pengetip/pengapit kuku.

Masalah ini boleh diatasi dengan, jangan sekali kali cungkil dengan menggunakan benda tajam dan jangan memaksa daki itu terkeluar dari celah ibu jari kuku, kerana setiap kali anda cungkil ia akan menjadi semakin dalam kerana jolokan dari objek yang tajam.

Tetapi, anda boleh menyembuhkan masalah tersebut dengan cara amalan, seperti:

  • Jangan sekali kali mencungkil, tapi biar dia menjadi kering dan keras dan selepas itu anda boleh mengcungilnya secara perlahan lahan
  • Dan sila titikkan minyak zaitun pada tempat jangkitan supaya kuku jari kaki anda tidak mengalami kerosakan.
Bayangkan tiba tiba ibu jari kaki anda terluka? ia akan mengakibatkan ketidakselesaan memakai kasut dan berjalan, tapi jika anak jari kaki yang terluka anda masih mampu meneruskan jalanan. Kerana ibu jari kaki adalah induk utama untuk mengimbang berat badan dan pergerakan

Jadi, amalan di atas seharusnya diamalkan  sepaya kaki anda sentiasa berada dalam bersih dan sihat, lembut serta terhindar dari masalah kaki berbau.



Read More »

Petua Penjagaan Kaki Dari Berbau Dan Mencantikkan

Alam Petua

Topik Kali Ini Ialah Tentang Pengjagaan Kaki Dari Berbau

Ramai dari kalangan kita sebenarnya tidak mengambil berat tentang masalah kaki, sebenarnya kaki memainkan peranan penting untuk mengimbangi berat badan seseorang.

Kaki juga memainkan peranan yang besar terhadap kesihatan seseorang, kita boleh lihat dari sudut kuku dan persekitana kaki, termasuk telapak kaki, setengah dari kita mengalami retak retak dan menjadi keras, kekadang boleh dikupas hanya mengunakan jari. Masalah ini seharusnya dipandang berat kerana kecantikan kaki juga mengambarkan peribadi seseorang.

Sebenarnya kulit kaki seseorang berbeza-beza, setengah darinya ia mengeluarkan bau apabila memakai kasut kulit, setengahnya pula tidak, dan ada mengeluarkan bau apabila memakai kasut yang dibuat dari kain, atau campuran plastik.

Jadi macam mana nak mengelakkan kaki dari berbau? Kaki berbau akan mengeluarkan bau yang kurang elok dan boleh menjadikan orang lain yang menghidu akan mengjauhi dari kita.

Untuk mengelakkan ia berbau:
  • Pertama amalkan sapu bedak selepas mandi dan sila sapukan kaki seperti mana anda sapu sabun semasa mandi pada anggota badan yang lain.
  • Perlu di ingat, setengah dari kita tidak boleh sapu bedak semasa memakai kasut atau stoken, kerana ia akan mengeluarkan bau yang kurang elok, tetapi sebenarnya, lama kelamaan bau itu akan hilang, jika diamalkan selalu.
  • Kedua, sila gosok jari dan kuku anda dengan berus gigi beserta dengan ubat gigi sekali, dengan cara ini sekalis gus akan membuatkan kuku anda putih dan bersih, dan sila sapukan minyak zaitun atau minyak losen yang lain, yang bersesuaian dengan kulit anda. Dengan cara ini akan melembutkankan kulit kaki anda.

Sila Jauhi Dari:

  • Mengorek kuku kaki dengan benda tajam untuk membuang kotoran di antara celah kuku dan kulit jari
  • Jauhi menggunakan pengapit kuku yang tumpul, kerana ia boleh memecahkan kuku jari.
Amalan yang di paparka di atas sebenarnya bukan sesuatu yang berat, ia boleh dilakukan seperti mana anda memakai seluar selepas mandi, yang beza cuma diri seseorang itu, samada dia mengambil berat atau tidak.

Petua Seterusnya Yang Perlu Diamalkan Ialah: (Yang nie mungkin menimbulkan malas atau rumit dari setengah kita) iaitu:
  1. Sila rendamkam kaki anda dalam basin atau sebagainya dengan mencampukan garam bukit yang dirumus khas untuk pengjagaan kaki iaitu membuang tosik dalam kaki. Lakukan amalan ini sebaik baiknya sembilan hari sekali.

Seterusnya Kita Akan Bincangkan Dari Mana Masalah Kaki Berbau! Dalam episode akan datang bersama 
Read More »
Recent Posts Photography