Adakah muka anda berjerawat? "Jerawat Batu" "Jerawat Nasi"? dan macam macam jerawat lagi. Jerawat tumbuh dimuka anda kerana beberapa sebab tertentu seperti;
- Pengambilan yang lebih makanan berminyak (tidak tergolong dalam makanan mengandungi minyak zaitun) kerana minyak zaitun mengandungi antioksida.
- Tidak mencuci muka sebelum tidur
- Penggunaan minyak rambut yang tak sesuai dengan iklim.
- Tubuh anda mengandungi toxic yang berlebihan.
- Hormon dalam tubuh anda.
Cara cara mengatasi kulit muka yang berjerawat ialah: Sila mencuci muka sebelum tidur, jangan memicit jerawat anda dan jangan menggunakan "Oxy" sekiranya muka anda berminyak, serta jangan menggunakan sekiranya anda berada dalam suasana dingin "aircond" kerana ia akan menggalakan pertumbuhan jerawat "Batu".
Cara mengatasi atau mengubati jerawat sebenarnya senang sahaja, tetapi jika anda tersalah langkah anda mungkin terdedah menjadi muka seperti " Limau Purut" atau permukaan planet "mar" yang berlekuk lekuk.
Sekiranya anda ingin memicit jerawat nasi atau "Jerawat Batu" Syaratnya:
- Sila cuci muka terlebih dahulu dan memastikan kuku anda bersih
- Dan sila picit jerawat tersebut sampai terkeluar "Isi padu jerawat (iaitu sarang jerawat bersama darah kotor) pedihnya jangan cakap kerana ia akan mengeluar air mata, adakah anda dapat bertahan?
- Kalau setakat picit ala kadar! Pesanan nenek "Jangan" kerana ia akan merebak dan akan terjadi kulit muka berlekok lekok jika ia adalah jerawat batu.
- Jika semua telah terlaksana, maka sila mencuci muka anda kembali, dan jangan menggaru jerawat yang anda picit tadi, biarlah dia kering kering sendiri.
Altenatif lain ialah, "Petua yang anda mungkin tak dapat lakukan kerana ia memerlukan niat yang kuat untuk menghilangkan jerawat iaitu;
- Sila cari pucuk jambu batu, ambil pucuknya bersama putiknya sekali (buah jambu muda) dan sila tumbuk sampai hancur dan sapukan dimuka sebelum tidur, selepas beberapa minit bilaslah dengan air yang dingin, kalau boleh air yang bercampur "Ice Batu" atau air dalam peti. Kerana jerawat aktif pada kulit muka yang panas dan berdebu, seperti cuaca di Kuala Lumpur. Air sejuk yang bercampur dengan mask "Pucuk Jambu Batu" akan menghasilkan suhu muka yang amat dingin seperti dihembus angin musim "Winter" di Europah. Jia tidak menggunakan air sejuk, atau guna air biasa ia tetap menghasilkan suhu yang sejuk, kerana ramuan pucuk jambu batu mengandungi antioksida yang baik untuk kulit muka dan menghapuskan jerawat dengan berkesan!. (belum cuba belum tahu)
- Pucuk jambu batu akan melicinkan kulit muka dan menjadi anjal, putik atau buah muda jambu batu akan menghasilakn "Scrub" yang baik untuk membuang sel sel kulit mati serta isipadu hijau akan akan menyerap kedalam lubang jerawat dan secara tak lansung ia akan mematikan "Ibu Jerawat iaitu sarang jerawat muka".
Sila layari blog nenek dilain kali kerana nenek akan menulis dan menyambung kembali kidah "Kulit Muka Berjerawat"dan cara cara menghapuskan serta mencantikkan kulit muka. Biar umur meningkat tapi Kulit muka tetap muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tanya Apa Sahaja Kami Sdia Membantu!!!!