Sakit gigi akan membuat anda terasa tidak senang, ya lah, sakit katakan, apa sahaja penyebab sakit sememang membuatkan anda rasa tidak tenang.
Tetapi sakit gigi belainan dengan yang lain, ia akan berdenyut denyut sampai ke kepala, tidak boleh tidur dibuatnya.
Pada kebiasaanya sakit gigi berpunca dari lapisan enamel terdedah kerana kemerecutan gusi yang disebabkan oleh pemakanan serta habit, iaitu suka mencungkil gigi, dan jika tak mencungkil gigi ia juga akan menyebabkan sakit gigi kerana sisa makanan telah melekat di celah gigi.
Apa yang anda perlu lakukan untuk menghindar dari sakit gigi yang berlebihan semasa tanda tanda tersebut telah muncul ialah, elakkan memakan daging, ayam, kerana sisa daging/ayam akan melekat digigi dan hendak atau tidak anda terpaksa mengcungkil gigi, jadi itu adalah satu penyebab.
Apabila anda telah diserang sakit gigi maka, cara yang terpaksa dilakukan ialah:
- Gosok gigi
- Kemudia sila guna bahan kumur seperti "Listerine yang bewarna keemasan atau natural" sebaiknya jangan guna listerine yang berwarna biru, hijau dan macam macam lagi.
- Kunyahlah bunga cengkih disebelah bahagian yang sakit
- Atau anda boleh sambung dengan mengunyah bawang putih jika anda mampu (setengah orang dia tak boleh kunyah bawang putih)
- Anda juga boleh menggunakan asam jawa, jika gigi anda sensitif atau alah pada rasa asam, lebih baik tidak guna.
- Sila masukkan garam kedalam air suam dan jadikan ubat kumur seperti listerine.
Jika kesemua cara di atas masih tidak dapat hilangkan sakit gigi anda maka, terpaksalah anda ke klinik gigi dan mengeluar sedikit wang.
Rutin seharian yang anda haruskan lakukan selepas sembuh dari sakit gigi ialah jangan tinggal berus gigi dan kumur menggunakan listerine, serta kunyah makanan disebelah yang tidak sakit gigi, sila elakkan cingkil gigi dengan objek yang bersaiz besar, saranan utama untuk mengcungkil gigi ialah sila guna benang khas yang dijual di farmasi atau ia juga boleh didapati di kedai biasa.
Cara lain untuk menyembuhkan sakit gigi ialah dengan menitiskan minyak "Habbatus Sauda" yang dicampur dengan minyak zaitun di bahagian gusi atau gigi yang sakit.